MCA Anjur Perbincangan Dengan Pelbagai Pertubuhan Agama

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: MCA akan menganjurkan perbincangan dengan pelbagai badan dan pertubuhan agama untuk meningkatkan dialog, pefahaman dan kerjasama di kalangan penganut agama yang berlainan.

Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat berkata perbincangan itu yang akan diadakan di Kuala Lumpur minggu depan, akan diserta pertubuhan seperti Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taois.

"Isu sensitif mengenai penggunaan kalimah Allah adalah paling baik untuk ditangani melalui perbincangan dan perundingan atas sebab keawaman, ketika kita patuh dengan proses yang sesuai dan Peraturan Undang-undang digunakan" katanya di sini hari ini.

Beliau juga gembira mengetahui bahawa penyembah gereja Metropolitan Tabernacle merancang mengadakan acara sembahyangnya di lokasi barunya Ahad ini setelah mengadakannya di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur selama dua minggu.

"MCA juga berjanji sumbang sebanyak RM80,000 kepada gereja Metropolitan Tabernacle," kata Ong yang juga Menteri Pengangkutan.

Ong juga berkata beliau gembira dengan tindakan kebanyakan rakyat Malaysia yang bukan hanya bertenang semasa tempoh "tegang" ini tetapi tampil membantu mereka yang terbabit dengan insiden di tempat ibadat.

"Inilah yang dikatakan 1Malaysia yang mencerminkan pengajaran semua agama yang mengajar keamanan dan pefahaman yang lain," kata beliau.

Sementara itu, pada sidang media, Ong berkata kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan mengimport daging babi menyelesaikan masalah harga daging babi yang terlalu tinggi sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa daging babi akan dimasukkan sebagai salah satu barang kawalan sempena skim kawalan harga Tahun Baru Cina pada bulan depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan