Mangsa Banjir Di Kinabatangan Terus Meningkat

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Tiga buah rumah penduduk kampung di Tongod roboh dan dihanyutkan arus sungai yang deras akibat banjir yang melanda daerah itu sejak minggu lepas. Pengerusi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah Tongod, Daudi Goroh berkata rumah tersebut yang terletak di tebing sungai adalah antara rumah penduduk kampung yang rosak akibat banjir.

"Penghuni rumah itu sudah meninggalkan rumah selepas dinaiki air banjir dan kini tinggal di rumah saudara mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya seramai 251 mangsa banjir yang sebelum ini dipindahkan ke Dewan Majlis Daerah Tongod sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini selepas air banjir di kampung mereka sudah beransur pulih.

Menurutnya Kampung Karamuak masih terputus hubungan dengan kawasan lain selepas jalan utama dinaiki air banjir.

Sementara itu, Pengerusi PKOB Kinabatangan Arisin Arifin berkata sehingga jam 6 petang ini jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 2,344 orang membabitkan 496 keluarga.

Menurutnya semua mangsa terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Balai Raya Bukit Garam, Masjid Kampung Buang Sayang dan Sekolah Rendah Kebangsaan Sangau serta ada yang menumpang di rumah saudara mereka yang tidak mengalami banjir. Katanya kampung yang terlibat adalah Tulang-tulang, Desa Permai, Kuamut, Tangkuyan, Balat, Sangau, Bukit Garam, Seri Manis, Pelangi dan Jaya Baru.

Bacaan paras air Sungai Kinabatangan juga masih di paras bahaya iaitu 11.32 meter, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan