Kanak-kanak Mati Dihempap Televisyen

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cyndi Yeo, 3, meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya.
Cyndi Yeo, 3, meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya.

JOHOR BAHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun meninggal dunia selepas dihempap televisyen berukuran 24 inci di rumahnya di Bandar Putra, Kulaijaya, dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supritendan Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam ketika mangsa, Cyndi Yeo, sedang menonton berseorangan di dalam bilik belakang di rumah tersebut.

"Kejadian disedari bapanya, Yeo Sung Wah, 38, yang terdengar bunyi sesuatu benda terjatuh di dalam bilik berkenaan dan disusuli jeritan anak perempuannya itu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata Yeo yang ketika itu berada di ruang tamu terus bergegas ke bilik berkenaan lalu menemui anaknya yang tertiarap dihempap televisyen tersebut.

Katanya, Yeo yang merupakan seorang peniaga terus membawa Cyndi ke Hospital Kulai dan kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan pada pukul 12.20 tengah hari tadi selepas kecederaan teruk di kepala.

Cyndi katanya dipercayai tertarik wayar televisyen tersebut menggunakan kakinya yang menyebabkan televisyen itu terjatuh dari rak sebelum menghempap kanak-kanak itu.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan