JASA Main Peranan Sebar Luas Konsep 1Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan memainkan peranan menyebar luaskan konsep 1Malaysia agar difahami rakyat di seluruh negara.

Perkara tersebut merupakan antara agenda yang diputuskan dalam resolusi Majlis Perhimpunan Kebangsaan Pegawai-Pegawai Jasa 2010 yang berakhir di sini hari ini.

Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Kamaruddin Siaraf berkata beliau yakin rakyat akan dapat memahami dan menghayati konsep 1Malaysia, yang akan dijelaskan dalam siri-siri perbincangan, ceramah dan sembang kopi oleh pegawai Jasa di seluruh negara.

Selain itu, beliau berkata pegawai Jasa sebagai ejen perubahan perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan termasuk mengambil tahu isu-isu semasa yang sedang dibincangkan dalam media alternatif seperti blog dan laman web.

Katanya, ini bagi membolehkan isu-isu tersebut ditangani dengan baik dan penjelasan yang bernas dapat diberikan kepada masyarakat.

"Kita dapati pegawai Jasa mempunyai semangat yang kukuh untuk menjalankan tugas, tetapi semangat saja tidak memadai, perlu ada ilmu pengetahuan, memandangkan keadaan masyarakat pada masa kini, khasnya golongan muda, yang telah menerima maklumat daripada media alternatif," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan perhimpunan itu yang bermula Isnin lepas. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan