Harga Barang Keperluan Dijangka Tidak Naik

Diterbitkan: Rabu, 20 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Harga barangan keperluan dijangka tidak mengalami sebarang kenaikan dalam masa terdekat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini kerana tiada sebarang kenaikan harga minyak, dan mekanisme baru mengenai subsidi petrol pula tidak melibatkan diesel.

"Barangan keperluan biasanya diangkut dengan menggunakan kenderaan yang menggunakan diesel, dan diesel tetap kekal harganya seperti sekarang, jadi dari segi minyak tidak akan menyebabkan kenaikan barang dalam waktu terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu meningkat sebanyak 0.6 peratus dibandingkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Beliau berkata bagi bulan Disember, peningkatan sebanyak 0.2 peratus dicatat berbanding bulan sebelumnya, manakala peningkatan 1.1 peratus dicatat berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Ismail Sabri berkata peningkatan itu adalah disebabkan kenaikan harga barang kemas, iaitu emas dan batu-batu permata, yang mencatat kenaikan sebanyak 35 peratus, selain peningkatan harga ikan, makanan laut dan sayur-sayuran disebabkan musim tengkujuh yang melanda sekitar bulan November dan Disember.

Harga ikan segar meningkat sebanyak 2.1 peratus manakala makanan laut segar yang lain meningkat sebanyak 1.6 peratus, katanya.

"Pada keseluruhannya harga barangan di seluruh negara adalah terkawal," katanya.

Ismail Sabri berkata terdapat penurunan jika dilihat dari segi trend IHP sepanjang tahun lalu, di mana 3.9 peratus dicatat pada bulan Januari, 3.8 peratus pada bulan Februari, 3.7 peratus pada bulan Mac dan 0.6 peratus pada bulan Disember.

Ditanya sama ada pengurangan IHP dijangka untuk tahun ini, Ismail Sabri berkata ia tidak dapat dijangka kerana turut melibatkan barang-barang import.

"Saya ingat menjelang Februari musim tengkujuh dah tiada jadi harga ikan dan sayur-sayuran mungkin akan kembali stabil seperti biasa.

"Bagaimanapun banyak perkara lain yang di luar kawalan akan berlaku, misalnya barang-barang import seperti bawang putih dari China dan bawang besar dari India yang naik begitu tinggi baru-baru ini, kita tak dapat mengawal perkara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan