Terowong SMART Ditutup Malam Esok Untuk Penyelenggaraan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (SMART) akan menutup terowong SMART selama tujuh jam bermula pukul 11 malam esok bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata terowong dijangka dibuka semula selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai pada pukul 6 pagi.

Untuk maklumat lanjut pengguna lebuh raya itu boleh hubungi talian 1-300-88-7188. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan