Telco Perlu Utamakan Perisian Budaya, Pembangunan Manusia - Rais Yatim

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Hasnol Ariff Hussin (kiri) dan Muhamad Bukhairi Samsudin bersama replika cek selepas memenangi perisian mobiliti terbaik sempena Maxis Mobile Content Challenge 2009 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto The Star SHAARI CHEMAT
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Hasnol Ariff Hussin (kiri) dan Muhamad Bukhairi Samsudin bersama replika cek selepas memenangi perisian mobiliti terbaik sempena Maxis Mobile Content Challenge 2009 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto The Star SHAARI CHEMAT

KUALA LUMPUR: Kerajaan mahu syarikat-syarikat telekomunikasi memberi tumpuan kepada perisian yang menekankan aspek budaya dan pembangunan tamadun bangsa dalam usaha menyemarakkan semangat 1Malaysia.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim aspek-aspek itu perlu diberi perhatian kerana era komunikasi telah berkembang dengan begitu canggih, elangkau sempadan dan perbatasan negara serta kaum diseluruh dunia.

“Aplikasi-aplikasi terkini seperti SMS, Blackberry, Yahoo Messenger, Twitter, ICQ Skype dan sebagainya telah menjadikan komunikasi antara manusia begitu mudah.

“Ini menjana kepada pembangunan manusia serta merubah lanskap komunikasi sejagat yang dahulunya sangat bergantung kepada telefon, teleks, fax dan perkhidmatan pos,” katanya dalam ucapan penutupan dan penyampain hadiah program pertandingan 'Mobile Content Challenge 2009' di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya, Datuk Joseph Salang.

Menurut Rais, tindakan segelintir pengguna laman sembang dan aplikasi Internet yang menyebarkan khabar angin dengan pantas boleh mengakibatkan kebencian di kalangan penduduk tempatan.

“Pertandingan seperti ini sudah tentu dapat memupuk semangat kerjasama antara peserta dari pelbagai kaum, agama serta pelbagai bidang kemahiran," kata beliau.

Tambahnya, dengan kemudahan teknologi komunikasi kini, aspek kebudayaan dan bahasa juga terancam.

“Penggunaan ejaan ringkas dalam khidmat pesana ringkas (SMS) contohnya boleh menjejaskan kemurnian Bahasa Melayu itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, juara keseluruhan pertandingan tersebut adalah pasukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan hasil ciptaan mereka dikenali sebagai 'Flyer: On-The-Fly Flash Composer And Community’.

Mereka berjaya memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

Manakala kategori Mobile Entertainment yang bertemakan pembangunan masyarakat 1Malaysia dimenangi oleh kumpulan Genex dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan kumpulan Vicegerent dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pula memenangi kategori Mobile Info Base

Masing-masing memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan