Syarikat Malaysia Mesti Ada Jenama Untuk Kejayaan masa Depan - Najib

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat restoran makanan segera Marry Brown milik bersama usahawan Malaysia dan UAE di Dubai, pada Isnin. Najib dan rombongan dalam lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi berakhir, hari ini. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat restoran makanan segera Marry Brown milik bersama usahawan Malaysia dan UAE di Dubai, pada Isnin. Najib dan rombongan dalam lawatan kerja empat hari ke Arab Saudi berakhir, hari ini. -Foto BERNAMA

ABU DHABI: Syarikat Malaysia perlu membangun sebagai jenama pilihan pelanggan, dengan mengekalkan reputasi dan imej yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Hanya seorang sahaja kembiri hitam boleh menjejaskan imej syarikat Malaysia lain. Saya harap anda meletakkan standard prestasi tertinggi mungkin," katanya pada majlis malam 1Malaysia, sempena lawatannya ke Dubai pada Isnin.

Najib berkata membangunkan reputasi dan imej yang baik berkait rapat dengan kepercayaan serta dapat melunaskan komitmen yang dibuat.

"Janji anda adalah jaminan. Saya harap inilah etika syarikat Malaysia di dalam negara dan di luar negara bagi membangunkan jenama yang kukuh di dalam dan luar negara," katanya.

Najib berkata beliau bangga apabila pelabur atau pemaju yang mengambil rakyat Malaysia melaksanakan projek mereka di Emiriah Arab Bersatu (UAE) menemuinya untuk menyuarakan penghargaan terhadap keupayaan luar biasa kakitangan terbabit.

"Kami akan buat inventori mengenai keupayaan syarikat-syarikat Malaysia supaya kita boleh mengetengahkan mereka untuk melaksana projek di UAE atau tempat lain," katanya.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata walaupun mereka memiliki keupayaan, kecekapan dan kemahiran keusahawanan, satu perkara yang tidak boleh dinafikan ialah kejayaan firma-firma Malaysia sebahagiananya adalah kerana semangat muhibah politik kerajaan Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya dengan negara lain.

"Alhamdulillah, syarikat Malaysia menikmati banyak projek di sini. Saya berharap jenama Malaysia kukuh di rantau ini," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus memain peranan dalam meningkatkan semangat muhibah dan kerpercayaan pada tahap tertinggi.

Najib akan berlepas ke India lewat hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan