Sikap Tak Peduli Punca Ramai Gagal Mendaftar Sebagai Pemilih

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kesedaran yang kurang dan sikap tidak ambil peduli dilihat sebagai faktor utama mereka yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum berdaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu.

Golongan itu juga dianggap sebagai tidak mempedulikan hak mereka sebagai pengundi dalam menentukan masa depan negara.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff memberitahu, hakikat sebenar senario berkenaan disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan hak memilih.

Malah beliau dengan tegas menyifatkan golongan terbabit sebagai tidak membantu kepada pembangunan politik pada masa depan.

"Saya percaya, semua rakyat Malaysia adalah golongan yang berilmu tetapi sedih apabila memikirkan mereka tidak memperdulikan tentang negara.

"Hakikatnya jika pengundi yang layak tidak mendaftarkan diri adalah sesuatu yang merugikan.

"Ini juga menunjukkan pengundi muda yang disebut-sebut sebagai penentu politik masa hadapan adalah tidak benar sama sekali. Ini amat mengecewakan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Mohamad Agus mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar yang memberitahu, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Daripada jumlah itu, menurut Wan Ahmad, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

Dalam pada itu, Mohamad Agus memberitahu, faktor lain yang menyumbang kepada perkara itu adalah tiada kesedaran mengenai jati diri, rasa cinta terhadap negara tidak menebal dalam jiwa dan tidak yakin kepada sistem yang sedia ada.

Selain itu, beliau turut menyatakan keadaan politik semasa yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini menjadi penyumbang utama kurangnya minat golongan itu mendaftar dengan SPR.

"Faktor itu juga kita tidak boleh ketepikan. Ini kerana jika kita lihat perkembangan senario politik semasa yang tidak menentu setahun dua kebelakangan ini turut memberi impak.

"Ini menyebabkan mereka hilang keyakinan dan menganggap jika mereka undi atau pun tidak tetap tidak membawa apa-apa perubahan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Agus tidak menolak sikap rakyat Malaysia yang suka menunggu sehingga ke saat akhir untuk mendaftar sebagai punca masalah ini.

Beliau turut meminta pemimpin parti-parti politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan SPR sendiri supaya lebih agresif dalam menjalankan kempen-kempen kesedaran kepada rakyat.

Menurutnya lagi media juga boleh memainkan peranan dalam menarik minat pengundi supaya berdaftar kerana satu undi boleh memberi impak yang berbeza.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman menyatakan parti politik perlu bergerak dengan lebih giat untuk mendekati masyarakat dan tidak hanya menunggu apabila pilihan raya bermula untuk mendekati rakyat.

"Ini lagi satu masalah orang politik kita tak kira parti mana pun. Bila dah nak dekat pilihan raya baru nak mendekati rakyat," katanya.

Dr. Maamor turut menyeru pemimpin parti politik sentiasa memberi perkhidmatan secara berterusan kepada rakyat supaya dapat mendekati pengundi baru.

"Saya merasakan kaedah continue service dapat membuka ruang kepada golongan muda untuk mendekati pemimpin mereka sekaligus menggalakkan mereka untuk mendaftar sebagai pengundi," katanya lagi.

Menurutnya lagi, landasan itu mestilah digunakan dengan sebaiknya dan tidak menjerumus hanya kepada isu politik semata-mata.

"Ahli politik juga mestilah menggunakan peluang mendekati rakyat dengan menerangkan tentang kepentingan mengundi supaya mereka boleh memahami dengan jelas mengenai perkara itu," ujarnya.

Beliau turut menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi dan masih belum mendaftar supaya berbuat demikian kerana masa depan negara ditentukan oleh kita sebagai rakyat negara ini.

"Gunakan hak kita sebagai rakyat Malaysia yang sah demi masa depan negara. Jangan disebabkan satu undi, negara kita porak peranda dan ketika itu menyesal tidak ada gunanya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan