Remaja Bunuh Anak Guru Tuisyen Mahu Jadi Peguam

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Lam Thye (tengah) bertanya sesuatu kepada seorang daripada pelajar dan juga banduan di Sekolah Integriti Kajang sempena lawatannya ke Penjara Kajang di Kajang, hari ini. Turut sama Zulkifli Omar (kiri) dan Timbalan Penguasa Penjara Kajang Ranjit Singh. - Foto BERNAMA
Lee Lam Thye (tengah) bertanya sesuatu kepada seorang daripada pelajar dan juga banduan di Sekolah Integriti Kajang sempena lawatannya ke Penjara Kajang di Kajang, hari ini. Turut sama Zulkifli Omar (kiri) dan Timbalan Penguasa Penjara Kajang Ranjit Singh. - Foto BERNAMA

KAJANG: Meskipun disabitkan kesalahan membunuh anak perempuan guru tuisyennya pada tahun 2002 dan akan kekal di penjara selama diperkenan Yang di-Pertuan Agong, seorang remaja membulatkan tekad untuk mengejar cita-citanya menjadi seorang peguam.

Untuk mencapai hasratnya itu, pesalah juvenil terbabit yang kini berusia 21 tahun sedang mengikuti kursus undang-undang di Sekolah Integriti Penjara Kajang.

Ketika ditemui mStar Online di penjara berkenaan hari ini, remaja itu memberitahu Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat belajarnya masih berkobar-kobar.

"Semangat belajar saya masih membara dan saya percaya kepada keadilan," katanya di sini.

Lee bersama kira-kira 10 ahli jawatan kuasa melakukan lawatan rasmi ke Penjara Kajang di sini sambil ditemani Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar.

Menurut remaja itu, seorang profesor akan membawa 16 pelajar universiti awam di bawah bimbingannya ke penjara untuk melawat sambil belajar bersama-sama pada setiap bulan.

Pada 2003, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja lelaki itu ditahan selama perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mensabitkannya dengan kesalahan membunuh dengan menikam sebanyak 24 kali anak perempuan guru tuisyennya yang berumur 11 tahun di rumah gurunya itu di Taman Sri Rampai di Wangsa Maju antara 3.30 petang dan 4.30 petang pada 30 Mei, 2002.

Semasa melakukan jenayah tersebut dia berumur 12 tahun.

Kes itu menjadi tumpuan pada tahun 2007 apabila Hakim Mahkamah Rayuan pada ketika itu, Datuk Gopal Sri Ram (kini hakim Mahkamah Persekutuan), dalam keputusannya memutuskan Seksyen 92 (2) Akta Kanak-kanak melanggar Perlembagaan kerana ia memberi kuasa eksekutif untuk menjatuhkan hukuman terhadap kanak-kanak yang melakukan pembunuhan.

Beliau berkata ia melanggar doktrin pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sri Ram memutuskan mahkamah-mahkamah mesti mempunyai kuasa eksklusif untuk mendapati seseorang itu bersalah membunuh dan kemudian mengenakan hukuman, dan ia tidak boleh sembarangan mensabitkan seseorang tetapi menyerahkan tanggungjawab melaksanakan hukuman kepada Yang di-Pertuan Agong, sultan atau gabenor yang bertindak atas nasihat eksekutif.

Sri Ram mengekalkan sabitan itu, menyatakan terdapat "banyak" keterangan terhadap budak lelaki itu tetapi membebaskannya selepas memutuskan tidak terdapat undang-undang yang memperuntukkan hukuman kepada kanak-kanak yang disabitkan kesalahan membunuh.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan remaja lelaki itu bagi semakan terhadap keputusannya pada 23 Oktober 2007, dan membatalkan perintah Mahkamah Rayuan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan