Ramai Anggota & Pegawai Polis Terengganu Disiasat Tahun Lepas

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Seramai 112 anggota dan pegawai polis yang bertugas di Terengganu disiasat kerana melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sepanjang tahun lalu, kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

Beliau berkata, daripada jumlah itu seramai 13 orang merupakan dari kalangan pegawai manakala 99 orang lagi anggota pangkat rendah.

"Dalam hal ini, 22 orang ditahan kerja, lapan digantung kerja sementara menunggu proses siasatan dilengkapkan manakala 30 anggota berpangkat rendah didapati bersalah dan disabitkan hukuman," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dilakukan oleh anggota polis berkenaan termasuklah ponteng kerja, penyalahgunaan dadah dan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan nama baik polis.

Mohd Shukri bagaimanapun berkata, kadar jenayah di Terengganu tahun lepas menurun dengan kadar jenayah indeks mencatatkan 5,319 kes berbanding 5,995 kes pada tahun 2008.

Pada masa sama, sejumlah 2,890 kes daripada 5,319 kes yang dilaporkan berjaya diselesaikan.

Katanya, Jabatan Jenayah Komersial telah menyiasat 737 kes penipuan, pecah amanah, pemalsuan wang dan 378 daripada kes itu berjaya diselesaikan pada tahun lepas.

Mengenai pembangunan prasarana, Mohd Shukri berkata, kontinjen Terengganu diperuntukkan RM8.5 juta untuk kerja-kerja pembaikan bangunan balai, rumah kelamin dan pagar keselamatan sepanjang tahun lepas.

Beliau berharap projek pembangunan semula ibu pejabat kontinjen Terengganu yang tertangguh sekian lama melibatkaan kos RM110 juta dapat dilaksanakan di bawah RMK-10.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan