Pindaan Akta Hak Cipta 1987 Ke Parlimen Mac

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe diberi penerangan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerik Mohamad Haizat Zainol (kiri) mengenai penanaman buah 'Rock Melon' atau Tembikai Wangi pada majlis perasmian menuai Rock Melon di Tapak Projek Fertigasi PPK Gerik, hari ini. Projek yang diusahakan secara fertigasi dengan keluasan keseluruhan menempatkan empat ribu polibeg. - Foto BERNAMA
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe diberi penerangan oleh Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerik Mohamad Haizat Zainol (kiri) mengenai penanaman buah 'Rock Melon' atau Tembikai Wangi pada majlis perasmian menuai Rock Melon di Tapak Projek Fertigasi PPK Gerik, hari ini. Projek yang diusahakan secara fertigasi dengan keluasan keseluruhan menempatkan empat ribu polibeg. - Foto BERNAMA

GERIK: Pindaan Akta Hak Cipta 1987 akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan bagi mengadakan peruntukan lebih tegas untuk melindungi industri kreatif negara, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Beliau berkata undang-undang hak cipta yang ada pada hari ini masih longgar dan mempunyai kelemahan sehingga ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada hasil kreatif pihak lain.

"Kementerian melihat isu cetak rompak ini sebagai perkara sangat serius yang akan menjejaskan perniagaan kepada pengusaha dalam bidang berkenaan terutama dalam bidang muzik... kita faham, disebabkan ada permintaan terhadap cetak rompak ini sebab itu ada penawarannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penuaian buah "Rock Melon' atau dikenali sebagai tembikai wangi di tapak projek fertigasi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerik di sini hari ini.

Katanya usaha kementerian untuk membanteras industri cetak rompak memerlukan kerjasama daripada para pengguna kerana tanpa mereka usaha itu tidak akan berjaya dan ia akan merugikan industri kreatif.

Beliau berkata kementerian juga melihat secara serius perbuatan muat turun secara haram.

"Kita mesti sedar ia adalah satu kesalahan (memuat turun secara haram). Kita mengambil tindakan kepada sesiapa yang beli cakera padat (CD) atau video cakera padat (VCD). Bagi satu lagu yang dimuat turun, seseorang itu boleh dikenakan RM2,000. Kalau satu CD itu mempunyai 10 lagu maka RM20,000 boleh dikenakan," katanya.

Mengenai bekalan barangan keperluan sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bulan depan, Tan berkata bekalan barang keperluan adalah mencukupi.

"Tidak lama lagi kementerian akan mengumumkan senarai barang kawalan dan menetapkan harga syiling yang perlu dipatuhi peniaga. Amaran kepada peniaga supaya jangan simpan dan sorok barang. Kita sentiasa memantau harga barangan di pasaran dan pemantau harga juga sentiasa melapor kepada kita," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan penuaian buah tembikai wangi di tapak projek fertigasi PPK Gerik yang diusahakan usahawan tani muda Huzaidi Mohamed, 35, Tan yang juga Anggota Parlimen Gerik berkata industri tanaman itu merupakan industri yang dapat menghasilkan pendapatan lumayan kepada pengusaha.

Katanya pasaran buah tembikai wangi yang merupakan buah esotik sangat luas di peringkat antarabangsa dan tidak banyak negara dapat mengeluarkan buah berkualiti tinggi.

Tan berkata beliau akan berusaha membantu pengusaha meningkat pengeluaran, dan industri tanaman tembikai wangi begitu sesuai dengan faktor cuaca di Gerik itu membuka peluang kepada golongan belia untuk mencebur diri dalam perniagaan pertanian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan