Penjara Khusus Diwujudkan Atasi Kesesakan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berbincang sesuatu dengan Pengarah Penjara Kajang Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan (kiri) ketika melawat ke penjara itu di Kajang, hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Zulkifli Omar dan Pengerusi MCPF (Kuala Lumpur) Datuk William Lim (kanan). -Foto BERNAMA
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berbincang sesuatu dengan Pengarah Penjara Kajang Alzafry Mohamed Alnassif Mohamed Adahan (kiri) ketika melawat ke penjara itu di Kajang, hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Penjara Datuk Zulkifli Omar dan Pengerusi MCPF (Kuala Lumpur) Datuk William Lim (kanan). -Foto BERNAMA

KAJANG: Jabatan Penjara Malaysia akan mengkategorikan banduan sekali gus ditempatkan di penjara-penjara khusus bagi mengatasi kesesakan penjara di seluruh negara.

Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, proses berkenaan akan menjurus kepada bentuk hukuman yang dikenakan ke atas banduan-banduan terbabit.

Menurutnya, terdapat 35,103 banduan yang menghuni 31 buah penjara di seluruh negara dengan hanya lapan penjara mengalami kesesakan sekarang.

"Kita ke arah mewujudkan penjara-penjara khusus contohnya penjara reman, penjara jatuh hukum, penjara wanita asing, penjara banduan muda dan pelbagai bentuk kategori lain.

"Kita akan beri lebih pengkhususan sebab sebelum ini kita mengalami kesesakan di penjara. Tetapi bila di bawah kapasiti, kita senang menyusun balik dari segi kategori mereka.

"Jadi dalam proses penyusunan semula ini, kita akan mengatasi kesesakan banduan ini dari satu peringkat ke satu peringkat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, Zulkifli mengiringi Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye bersama kira-kira 10 ahli jawatan kuasa melakukan lawatan rasmi ke Penjara Kajang di sini.

Rombongan itu dibawa melawat bengkel-bengkel latihan untuk banduan serta Sekolah Integriti Penjara yang memberi peluang kepada pesalah juvenil belajar.

Dalam perkembangan sama, Lee meminta syarikat-syarikat swasta tampil membantu menyumbangkan biasiswa agar banduan boleh menyambung pelajaran sebelum dan selepas tempoh hukuman penjara.

Ini kerana, beliau mendapati sesetengah pesalah mendapat tajaan daripada pihak swasta untuk belajar sementara yang lain memerlukan bantuan kewangan.

Beliau juga mencadangkan ahli-ahli jawatankuasa MCPF supaya turun padang melawat semua penjara secara kerap bagi memberikan bimbingan dan kaunseling kepada penghuninya.

Tegasnya, penerapan nilai-nilai murni di kalangan generasi muda adalah penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan mereka terjebak dalam jenayah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan