Malaysia Positif Penglibatan UAE

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum pada pertemuan mereka di Abu Dhabi hari ini Selasa. Najib dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Emiriyah Arab Bersatu. - Foto BERNAMA
Najib Tun Abdul Razak bersalaman dengan Sheikh Mohammed Rashid Al-Maktoum pada pertemuan mereka di Abu Dhabi hari ini Selasa. Najib dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Emiriyah Arab Bersatu. - Foto BERNAMA

ABU DHABI: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi laluan kepada peluang yang lebih luas bagi profesional dan syarikat-syarikat Malaysia mengambil bahagian dalam pembangunan negara Teluk itu.

Perdana Menteri menolak dakwaan sesetengah pihak yang negara itu seperti Dubai, berdepan dengan masalah.

Bercakap kepada media Malaysia hari ini sebelum berlepas ke India setelah mengakhir lawatan empat hari ke UAE, Najib menjangka syarikat-syarikat yang beroperasi di Abu Dhabi, akan dapat mengekalkan operasi mereka.

Beliau berkata Dubai mungkin berdepan dengan isu tertentu, terutama dalam hartanah semasa kelembapan kewangan global: "Tetapi saya yakin mereka boleh pulih".

Najib berkata semasa mengadakan kunjungan hormat terhadap Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum sebelum itu, beliau menyampaikan rasa terima kasih kepada Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE serta pemerintah Dubai di atas peluang yang diberikan kepada syarikat Malaysia selama ini.

Beliau berkata mungkin terdapat satu dua masalah yang melibatkan syarikat Malaysia di UAE yang perlu ditangani, tetapi "memandangkan hubungan baik sedia ada (antara kedua-dua negara), saya yakin kita boleh mengatasi beberapa isu berkenaan".

Lawatan beliau itu adalah atas jemputan Jeneral Sheikh Mohammad bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera UAE.

Perdana Menteri juga mengadakan kunjungan hormat terhadap Sheikh Hamdan bin Zayed Al Nahyan, yang merupakan wakil pemerintah di Wilayah Barat pada hari terakhir lawatan beliau di sini.

Najib berkata Sheikh Mohammad, pengerusi Mubadala Development Company, perantara pelaburan utama kerajaan Abu Dhabi, telah meminta syarikat itu mengenal pasti bidang baru untuk pelaburan di Malaysia.

"Mereka berminat dengan sektor hospitaliti, termasuk kemungkinan membina hotel di Malaysia," katanya.

Semasa lawatan, Najib juga menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama antara Mubadala dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk meneroka projek dan pelaburan teknologi bersih, termasuk kemungkinan memajukan bandar raya bebas karbon pertama Malaysia.

Mengulas mengenainya, Najib berkata: "Mereka telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak AS$100 juta untuk melaksanakan projek-projek itu, menumpukan kepada usaha mewujudkan bandar raya bebas karbon dan hijau di Malaysia seperti yang dirancang di dekat Abu Dhabi yang dikenali sebagai Masdar City."

Beliau berkata versi Malaysia mungkin dalam skala sederhana.

Perdana Menteri berkata putera mahkota itu akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia tahun ini.

Mengenai perbincangan beliau dengan Sheikh Hamdan, Najib berkata putera itu membayangkan yang syarikat Malaysia boleh terlibat dalam projek-projek pembangunan di Wilayah Barat termasuk pembinaan lebuh raya dan pembangunan perbandaran.

"Beliau juga mahu melawat Malaysia untuk meneruskan perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama dan projek-projek melibatkan syarikat Malaysia," katanya.

Najib berkata beliau berpuas hati dengan lawatan beliau ke UAE yang memberikan petunjuk jelas bahawa penyertaan profesional dan syarikat Malaysia dalam aktiviti pembangunan di Abu Dhabi, Dubai dan kemungkinan di Wilayah Barat disambut baik.

"Saya percaya hubungan erat di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara akan membuka lebih banyak peluang bagi firma dan profesional Malaysia," katanya.

Perdana Menteri berkata semangat 1Malaysia dapat dilihat dengan pelibatan semua bangsa rakyat Malaysia dalam aktiviti pembangunan di UAE.

"Perlu diingat mengenai penekanan terhadap kualiti dan penyampaian di sini. Kedua-dua aspek ini perlu diberi perhatian sewajarnya jika kita mahu mengekalkan reputasi kita di negara ini," kata Najib.

Perdana Menteri memuji firma-firma Malaysia yang meraih projek-projek setelah berjaya mengatasi pembida antarabangsa yang lain.

Beliau menyebut sebuah syarikat dari Malaysia yang membida kontrak untuk menyenggara Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia yang dirasmikan baru-baru ini di Dubai.

"Jika mereka berjaya dalam bidaan mereka, ia akan merupakan pencapaian yang penting," kata beliau dan menambah yang pengalaman firma dalam menyenggara Menara Kembar Petronas di Kuala Lumpur memberi kelebihan.

Najib juga menyaksikan pemeteraian perjanjian memorandum persefahaman (MoU) tiga pihak untuk mewujudkan syarikat perkhidmatan global dikenali sebagai Integra International, yang mengkhusus dalam membangunkan, mereka bentuk, membina dan penyelesaian pengurusan serta perkhidmatan dalam pengurusan aset.

MoU berkenaan adalah antara syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Kemuncak Facilities Management Sdn Bhd, Allen & Shariff Corporation berpangkalan di Washington, dan Consortio International berpangkalan di Dubai. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan