Malaysia Mahu AS Tarik Nasihat Perjalanan Ke Timur Sabah

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini memberi jaminan pelancong asing yang mengunjungi Sabah tidak perlu bimbang kerana situasi di negeri itu adalah aman. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mohd Radzi Abd Rahman berkata, ini kerana kerajaan komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelancong ke negara ini serta rakyatnya terjaga.

Mohd Radzi yang bertemu dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, James R. Keith di Wisma Putra hari ini turut menggesa Keith menggunakan jasa baiknya untuk mengkaji semula notis warden dan peringatan perjalanan ke timur Sabah.

Mohd Radzi turut mengulangi beberapa kenyataan dan jaminan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin di samping ketua agensi-agensi keselamatan negara berhubung situasi keselamatan di rantau ini.

Menurutnya notis warden dan peringatan perjalanan itu boleh disalah anggap selain berlaku kesilapan, kekeliruan dan tanggapan yang negatif oleh negara asing berhubung situasi keselamatan di Malaysia berkaitan ancaman pengganas walaupun nasihat perjalanan itu merujuk kepada kawasan terpencil di timur Sabah sahaja.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan