Konsep 'Middle Malaysia' Ketinggalan Zaman - Penganalisis Politik

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Konsep pendekatan middle Malaysia yang dicanangkan DAP sudah ketinggalan zaman, kata penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

Profesor Antropologi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, konsep berkenaan yang diuar-uarkan semasa Konvensyen Kebangsaan parti itu semalam bukan sesuatu yang baru sepanjang 50 tahun pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mengambil contoh Dasar Ekonomi Baru (DEB), katanya, ia mempunyai objektif menstruktur semula ekonomi selain bertujuan untuk pengagihan kekayaan secara saksama.

"Ia mengambil kira kelompok etnik dan pembahagian kekayaan secara adil kerana orang bumiputera tidak memiliki kekayaan yang sama.

"Perkongsian itu adalah untuk memperoleh keadilan sosial," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Pada perhimpunan tahunan DAP di Ipoh semalam, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng memberitahu, Pakatan Rakyat (PR) wajar dilihat mengamalkan pendekatan yang sederhana dan merangkumi semua pihak .

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, PR juga perlu mengasingkan diri daripada lawan yang eksklusif, bersifat perkauman dan pelampau.

Konsep middle Malaysia antara lain merupakan strategi politik PR untuk mengambil alih tampuk pemerintahan BN selain untuk menyatukan rakyat.

Sementara itu, Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, konsep berkenaan mungkin baru untuk DAP tetapi bukan sesuatu yang asing dalam landskap politik negara.

"Kepada DAP, ia mungkin benda baru. Tapi ia bukan benda baru di Malaysia. Cuma mungkin ia tidak diuar-uarkan.

"Konsep itu sudah pun wujud sekian lama. Kalau tak toleran, pergaduhan dan peperangan sudah lama berlaku," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau menegaskan supaya DAP terlebih dahulu mengamalkan apa-apa yang diperkatakan sebelum meminta pihak lain melaksanakannya terlebih dahulu.

"DAP sepatutnya amalkan sikap `cakap serupa bikin'. Dalam arena politik, orang politik tidak kira dari parti kerajaan mahupun pembangkang suka mainkan isu-isu tertentu.

"Sepatutnya mereka perlu bertanggungjawab dengan menolak sebarang bentuk ekstremisme, militan politik mesti ditentang," katanya.

Tambahnya, pembangkang perlu menghormati sensitiviti, amalan demokrasi, sistem raja berpelambagaan serta kemuliaan Parlimen sekiranya mahu mengamalkan pendekatan yang digembar-gemburkan itu.

"Semua pihak wajar mengamalkan perpaduan dalam kepelbagaian parti. Kita lihat terlalu banyak perbezaan dan kurangnya perpaduan," jelas beliau.

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan