Calon Mohon KPLI Perlu Ada Ijazah Pengkhususan

Diterbitkan: Selasa, 19 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Asiah Meor Sharuddin.

Beliau berkata syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama.

"Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI ambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam.

"Kita mungkin akan membuat dua kali pengambilan iaitu pada Januari dan Julai seperti yang kita buat pada tahun lepas. Namun ia berdasarkan kepada keperluan, sekiranya terdapat pengurangan barulah kita akan buat pengambilan," katanya.

Beliau berkata pemilihan calon juga akan mengambil kira keperluan kawasan asal pemohon berkenaan bagi memastikan pemohon yang layak akan kembali bertugas di negeri masing-masing.

"Contohnya kalau ada keperluan di Sabah dan Sarawak, maka kita beri keutamaan pada calon tempatan kalau mereka penuhi syarat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan