Usaha Bersihkan Sungai Klang

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Usaha sedang dibuat untuk membersihkan Sungai Klang di Selangor dan sehubungan itu kerajaan negeri akan mengadakan program penerangan kepada orang ramai mengenai langkah tersebut pada penghujung bulan depan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata menerusi program penerangan itu, nama syarikat yang bakal mengendalikan projek pembersihan dan pemulihan sungai tersebut turut bakal diumumkan.

Projek Pembersihan dan Pemulihan Sungai Klang terletak di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kerajaan Negeri bernilai RM50 bilion yang diumumkan tahun lepas.

Abdul Khalid juga berkata laporan kedudukan aset dan dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) akan dikeluarkan pada penghujung bulan ini. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan