Sekolah Belum Pasti Sertai Pertandingan Perahu Naga Julai Ini

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pengurusan Sekolah Tinggi Chung Ling belum memutuskan sama ada akan meneruskan penyertaan mereka dalam Kejohanan Lumba Perahu Naga Anatarabangsa Pulau Pinang di Teluk Bahang pada Julai ini.

Pengetua sekolah itu Chuah Yau Chou berkata keputusan berhubung perkara berkenaan akan dibuat selepas siasatan mengenai kejadian yang mengorbankan lima pelajar dan seorang guru itu selesai.

"Siasatan sedang dijalankan dan sebarang keputusan sama ada pasukan perahu naga kita akan menyertai pertandingan berkenaan akan dibuat selepas siasatan selesai," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya kenapa terdapat pelajar yang terlibat dalam kejadian berkenaan tidak memakai jaket keselamatan, Chuah enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan.

Katanya semua guru dan pelajar Sekolah Tinggi Chung Ling sedih dengan kejadian itu dan mereka telah menganjurkan upacara sembahyang dan bertafakur pada pagi ini sebelum sesi persekolahan bermula.

"Tragedi berkenaan adalah yang paling hitam kepada pihak sekolah dan kami semua sangat sedih. Kita harap anggota keluarga mangsa tabah dengan kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Chuah menyifatkan guru yang turut terkorban dalam kejadian itu, Chin Aik Siang, 28, adalah seorang guru yang berdedikasi dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

"Walaupun Chin baru setahun berkhidmat di sekolah ini, beliau seorang yang berdedikasi dan sentiasa berkerjasama dengan guru-guru di sekolah ini," katanya.

Selain Chin, mayat lima pelajar iaitu Jason Ch'ng, 17; Bradon Yeoh, 17; Koh Yi Zhiang, 17; Cheah Zi Yun, 17; dan Yong Xiang, 16; ditemui lemas hari ini dan semalam.

Kejadian itu berlaku di kawasan kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum di sini dan kawasan tersebut merupakan tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan.

Pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru, dua jurulatih dan 15 pelajar.

Mereka memulakan latihan pada pukul 8 pagi dan perahu naga mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang pada pukul 8.45 pagi Ahad.

Dua belas pelajar lagi terselamat setelah sempat berenang ke darat dengan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan