Rais: Rakyat Sedar Adanya Undang-Undang Mengenai Internet

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini menyedari kewujudan undang-undang berkaitan dengan komunikasi dan multimedia tetapi ada yang sengaja enggan menghormatinya, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

"Mereka menyedarinya. Tetapi masalahnya mereka sengaja tidak menghormati undang-undang. Mereka fikir mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna internet perlu berhati-hati antaranya berkaitan dengan tindakan yang boleh dianggap memecahbelahkan masyarakat, mengancam keselamatan negara dan pornografi khususnya melibatkan kanak-kanak.

Seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan (Aswara), Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, telah didakwa di mahkamah Jumaat lepas berikutan kenyataannya dalam laman sosial Facebook. Hari ini beliau mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan itu.

Rais juga berkata terdapat lebih 280 peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan rakyat tidak boleh menganggap mengetahui kesemuanya.

"Asalkan elemen-elemen penjenayah diketahui, sudah mencukupi bagi kita mengelakkan diri daripada terlibat," katanya.

Mengenai portal Raja Petra yang didakwa beroperasi di luar negara, katanya kerajaan tidak boleh berbuat apa-apa.

"Tetapi sekiranya apa yang digunakan oleh seseorang itu sesungguhnya menprejudis atau mengenepikan undang-undang negara, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berkuasa di bawah aktanya untuk bertindak bagi wakil-wakil mereka yang berada di dalam negara kita atau menerusi lunas yang boleh ditemui di Malaysia sendiri.

"Tapi kalau orang itu di England, tentulah kita tidak dapat mengambil tindakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan