Pos Malaysia Perkenal Kemudahan Baru

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Pengurus Jenama dan Pengiklanan Pos Malaysia, Yantie Othman [kiri] dan Pen. Pengurus Komunikasi Korporat Kanan, Maisara Noor Ahmad menunjukkan van Perkhidmatan Pos Bergerak (MPO) selepas majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
Pengurus Jenama dan Pengiklanan Pos Malaysia, Yantie Othman [kiri] dan Pen. Pengurus Komunikasi Korporat Kanan, Maisara Noor Ahmad menunjukkan van Perkhidmatan Pos Bergerak (MPO) selepas majlis pelancarannya di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA

Kuala Lumpur: Pos Malaysia hari ini melancarkan dua perkhidmatan terbaru yang mengaplikasikan teknologi terkini dan mengutamakan keselesaan kepada pengguna iaitu Mesin Pos Automatik (PAM) dan Perkhidmatan Pos Bergerak (MPO).

Pengerusi Pos Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, PAM yang pertama kali diperkenalkan itu berfungsi seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang dapat memudahkan urusan pembayaran dan perkhidmatan lain yang terdapat di kaunter.

Sementara MPO pula, tambahnya, merupakan perkhidmatan pos bergerak menggunakan van yang dilengkapi dengan kemudahan satelit berteknologi tinggi yang berupaya menyediakan perkhidmatan seperti di pejabat pos.

"Kita merancang untuk menambahkan mesin ini kepada 30 unit dan tujuh unit MPO yang akan ditempatkan di lokasi terpilih terutamanya tempat yang jauh dari pejabat pos sekita Lembah Kelang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan dua perkhidmatan tersebut di sini hari ini.

PAM merupakan terminal layan diri yang menyediakan perkhidmatan penghantaran pos laju, barangan dan pos daftar untuk domestik, pembayaran bil Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Syabas, Indah Water Konsortium dan Maxis.

Manakala perkhidmatan MPO termasuk penjualan setem, pembayaran bil, penghantaran barangan dan pos daftar untuk tempatan, wang pos dan kiriman wang, pemindahan wang ke luar negara, penghantaran barang menggunakan pos laju dalam negara dan pembayaran insurans kenderaan.

Manakala perkhidmatan untuk memperbaharui cukai jalan, lesen memandu dan amanah saham juga bakal disediakan selepas mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Perkhidmatan mesin PAM ini akan beroperasi seawal pukul 6.00 pagi sehingga 11.30 malam setiap hari dan bakal beroperasi 24 jam sehari tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Aseh memberitahu, mesin itu buast masa ini hanya ditempatkan di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur sementara pejabat pos di setiap negeri bakal menerima mesin yang sama menjelang akhir tahun ini.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan