Polis Akan Kenal Pasti 'Sekolah Panas' Di Kuala Lumpur - Berita Semasa | mStar

Polis Akan Kenal Pasti 'Sekolah Panas' Di Kuala Lumpur

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan mengenal pasti sekolah-sekolah bermasalah atau "sekolah panas" di sekitar ibu negara agar usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajar.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata pelbagai aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang dikenalpasti bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.

"Program ini merupakan satu usaha untuk mendekatkan pelajar dan polis bagi memudahkan proses penyaluran maklumat, mengesan aktiviti dan permasalahan jenayah yang wujud, sekaligus membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan murid dan pelajar sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan pengawas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Sabtu menyampaikan watikah pelantikan pengawas kepada 89 murid termasuk kepada Ketua Pengawas Khairul Azli Khairul Razi dan Penolong Ketua Pengawas Alia Suraya Ahmad yang dipilih melalui pilihan raya pada 11 Januari lalu.

Sekolah tersebut mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya itu dibuat secara pilihan raya sebenar serta dikendali dan dipantau sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan. Muhammad Sabtu berkata keutamaan akan diberikan kepada sekolah-sekolah menengah memandangkan banyak kes jenayah dan sosial membabitkan pelajar peringkat itu berlaku namun ia tidak bermakna sekolah rendah diabaikan.

Beliau berkata aduan dan masalah yang diutarakan akan dibincang bersama pihak sekolah berkenaan agar ia dapat ditangani dengan kadar segera. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan