Pekerja Selamat Dua Anak majikan

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Tindakan pantas seorang pekerja berjaya menyelamatkan dua anak majikannya daripada terperangkap dalam kebakaran rumah sewa mereka di Kampung Delima, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, Wan Mohd Faizal Hassan, 17, terjaga daripada tidur selepas berasa sesak nafas akibat asap.

"Ketika itu saya lihat bilik bersebelahan saya keluar asap tebal, saya yang terkejut terus keluar dari rumah sambil mendukung dua anak majikan saya yang sedang tidur di ruang tamu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Penyewa rumah itu, Zaharah Husin, 28, berkata dia keluar menghantar anak sulungnya, Muhamad Shahril Aiman Rashid, 7, serta anak keduanya Nur Alia Maisarah, 6, ke sekolah berhampiran.

"Ketika sampai di rumah saya terkejut melihat asap tebal dan api serta menyangka dua anak saya masih berada di dalam. Saya cuba meluru masuk ke rumah kerana nak selamatkan barangan tetapi dihalang penduduk kampung kerana api marak," kata Zaharah, yang menyewa rumah rumah itu sejak setahun lalu.

Zaharah, yang sedang mengandung enam bulan, bersyukur dua anaknya Muhamad Hafiz, 4 dan Muhamad Syazwan, 2 sempat diselamatkan Wan Mohd Faizal.

Suami Zaharah, Rashid Jamal, 37, berada di Kuala Lumpur kerana urusan perniagaan.

"Kami menjalankan perniagaan barangan pembinaan, malah sebahagian barang perniagaan yang disimpan di rumah turut musnah termasuk barangan peribadi serta sebuah kereta Proton Iswara," katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubur Abdul Manaf Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8 pagi dan 17 anggota serta tiga jentera termasuk sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat bergegas ke tempat kejadian.

"Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, lima deretan kedai musnah dalam kebakaran kira-kira pukul 6.15 pagi di Kampung Geting, di sini dengan kerugian dianggarkan bernilai RM100,000. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan