Operasi Cari Mangsa Perahu Naga Karam Diteruskan

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Operasi mencari dua lagi mangsa perahu naga karam di Pulau Pinang akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dijumpai, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Chong Ha.

Beliau berkata operasi mencari itu melibatkan 72 orang anggota termasuk enam penyelam skuba dan tiga ekor anjing pengesan.

Mengenai insiden berkenaan, katanya laporan awal yang diterima mendapati tragedi itu adalah satu kemalangan dan bukan diakibatkan oleh kecuaian mana-mana pihak.

"Laporan awal yang diberikan kepada saya mengatakan bahawa perahu naga itu sedang membuat satu pusingan apabila terlanggar boya di kawasan itu, lalu terbalik sebelum karam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan jentera bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, taklimat mengenai insiden itu akan diberikan kepadanya di Pulau Pinang hari ini.

Dalam tragedi pada pukul 9 pagi semalam itu, enam maut selepas perahu naga yang mereka naiki terbalik lalu karam apabila dipukul ombak kuat sewaktu dalam latihan di perairan Pantai Macallum.

Kesemua mangsa terdiri daripada lima pelajar dan seorang guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling yang sedang dalam latihan bagi menghadapi satu kejohanan pertengahan tahun ini.

Mereka dikenali sebagai Chin Ai Fang, 28 yang merupakan seorang guru, Jason Ch'ng, 17, Goh Yi Zhang, 15, Brandon Yeoh, 17 serta dua lagi mangsa yang masih hilang iaitu Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17.

Terdahulu Kong berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM84.5 juta untuk pembelian seratus jentera bagi kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat, khusus bagi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja menyelamat mangsa banjir di negara ini.

"Jumlah tersebut meliputi 42 unit kenderaan pemadam kebakaran, 50 unit bot penyelamat mangsa banjir yang boleh digunakan di laut, sungai, tasik dan darat serta lapan unit bot penyelamat mangsa banjir dari jenis Amphibious Rigid Inflatable Boat," katanya.

Kerajaan juga jelas beliau akan menambah pembelian pelbagai peralatan lain seperti komunikasi dan anjing pengesan untuk unit K9. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan