Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Tragedi Perahu Naga

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada mangsa tragedi perahu naga di perairan pantai Lebuh Macallum, Pulau Pinang.

"Saya amat sedih dan prihatin apabila mendapat tahu dari Abu Dhabi berhubung tragedi perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling semalam yang meragut nyawa lima pelajar yang masih muda dan seorang guru," katanya dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.

Beliau juga memuji mereka yang telah menyelamatkan beberapa orang mangsa dan mendoakan agar mereka segera sembuh.

Dalam insiden semalam, enam orang termasuk seorang guru lemas apabila perahu naga mereka terbalik selepas dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang.

Mereka adalah di antara 18 anggota pasukan perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling yang sedang menjalani latihan di perairan pantai Lebuh Macallum sebagai persiapan bagi perlumbaan perahu naga yang dijadualkan pertengahan tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan