Muhyiddin Mahu Agensi Kerajaan Segera Laksana MyID

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Muhyiddin Yassin dibantu Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Khairul Huozaine Mohd Zaki (kanan) mendaftar perkhidmatan e-LHDN dengan menggunakan MyID semasa melawat tapak pameran LHDN selepas majlis pelancaran MyID dan persidangan Ketua-ketua Agensi Sektor Awam di Putrajaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA
Muhyiddin Yassin dibantu Pegawai Perhubungan Awam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Mohd Khairul Huozaine Mohd Zaki (kanan) mendaftar perkhidmatan e-LHDN dengan menggunakan MyID semasa melawat tapak pameran LHDN selepas majlis pelancaran MyID dan persidangan Ketua-ketua Agensi Sektor Awam di Putrajaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua agensi kerajaan melaksanakan inisiatif MyID dengan segera untuk meningkatkan prestasi sistem penyampaian perkhidmatan dan memudahkan semua pihak berurusan dengan agensi kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, MyID merupakan inisiatif yang menggunakan nombor MyKad sebagai nombor rujukan tunggal untuk warganegara Malaysia yang berurusan sebagai individu dengan agensi kerajaan.

"Sehingga kini sejumlah 760 perkhidmatan yang disediakan oleh agensi perkhidmatan awam di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri telah menggunakan MyID.

"Tindakan proaktif dan responsif yang ditunjukkan oleh agensi-agensi ini perlu dicontohi oleh agensi lain yang belum berbuat demikian," katanya pada sidang media selepas pelancaran MyID dan persidangan Ketua-Ketua Agensi Sektor Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

MyID merupakan antara manifestasi sistem penyampaian yang efektif dan memudahkan semua pihak berurusan dengan agensi kerajaan.

Dengan pengenalan inisiatif MyID itu, rakyat tidak perlu lagi bersusah payah menyimpan atau menghafal pelbagai nombor rujukan yang kadangkala mendatangkan masalah apabila nombor berkenaan hilang.

Menurut Muhyiddin, insiatif yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berpegang kepada konsep "1 Nombor Semua Urusan" yang akan menjadikan semua urusan dengan agensi kerajaan menjadi lebih mudah dan cepat.

"Sudah tentu langkah ini adalah bagi mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di kaunter-kaunter.

"Selain itu orang ramai juga tidak perlu menyimpan banyak dokumen yang kadangkala hilang dan tidak dapat dikesan... ini satu perubahan yang radikal," katanya.

Sementara itu, beliau berkata bagi sesetengah perkhidmatan yang melibatkan aspek keselamatan atau yang mungkin boleh mendatangkan ancaman kepada negara, agensi-agensi kerajaan dibenar mewujudkan mekanisme semakan peringkat kedua untuk mengesahkan identiti pelanggan sebelum sebarang urusan dijalankan.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin turut berharap agar sektor awam memberi penekanan serius terhadap empat aspek iaitu pengurusan perubahan yang berkesan, pengukuhan budaya inovasi, pembudayaan organisasi pembelajaran dan pentakrifan semula peranan sektor awam dalam usaha menjayakan inisiatif transformasi kerajaan.

"Saya ingin menegaskan bahawa cabaran yang mendepani negara amnya dan sektor awam khususnya adalah cukup besar untuk kita berasa terlalu selesa dengan pencapaian kita setakat ini," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan