Mayat Ketiga Mangsa Perahu Naga Terbalik Ditemui

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Mayat seorang lagi pendayung perahu naga Sekolah Tinggi Chung Ling Air Itam, Goh Yi Zhang, 15, ditemui mati lemas di kawasan perairan Tanjung Marina kira-kira 1 kilometer dari tempat kejadian pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat berkata, Goh adalah mangsa ketiga yang ditemui dan kerja-kerja mencari tiga lagi mangsa yang dilaporkan masih hilang sedang diteruskan.

Goh adalah antara 18 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Air Itam di sini yang menjalani latihan mendayung perahu naga bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa pertengahan tahun ini.

Beliau bersama lima rakannya dan seorang guru dilaporkan hilang apabila bot perahu naga yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak di sini pagi semalam.

Semalam dua mayat telah ditemui iaitu guru mereka Chin Ai Fang, berusia 20-an ditemui kira-kira sejam setengah selepas kejadian dan mayat seorang pelajar yang dikenali sebagai Jason Ch'ng, 17, ditemui petang semalam.

Tiga lagi pelajar lelaki yang masih hilang ialah Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, dan Cheah Zi Jun, 17.

Kejadian itu berlaku di kawasan kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum di sini dan kawasan itu sememangnya menjadi tempat pasukan pendayung sekolah berkenaan menjalani latihan mingguan.

Pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru, dua jurulatih dan 15 pelajar.

Mereka memulakan latihan pada pukul 8 pagi dan perahu naga mereka dikatakan terbalik akibat dipukul ombak sebelum berlanggar dengan sebuah tongkang pada pukul 8.45 pagi semalam.

Sebanyak 12 pelajar lagi terselamat setelah sempat berenang dan dibantu oleh beberapa bot di kawasan berhampiran. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan