Lapor Kesalahan Pemandu Teksi Kepada LPKP

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Nazri Aziz menampal pelekat pada teksi sambil diperhatikan Halimah Mohamed Sadique [kiri] dan Tan Lian Hoe selepas melancarkan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur hari ini. Foto The Star
Mohamed Nazri Aziz menampal pelekat pada teksi sambil diperhatikan Halimah Mohamed Sadique [kiri] dan Tan Lian Hoe selepas melancarkan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur hari ini. Foto The Star

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta melaporkan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu-pemandu teksi bagi membantu meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, ini kerana dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam tempoh dua minggu lalu statistik kesalahan dicatatkan oleh pemandu teksi adalah sangat tinggi.

"Dalam ops bersepadu yang dijalankan oleh JPJ pada dua minggu pertama bulan ini sebanyak 984 kes dikenal pasti.

"Antara kesalahan-kesalahannya ialah tidak memberikan resit (523), tidak menggunakan meter (299), kesalahan mengenakan tambang lebih (47) dan enggan mengambil penumpang (115)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Hak-Hak Pengguna Pengangkutan Awam di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe dan Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia (LPKP), Datuk Halimah Sadique.

Dalam ucapannya Mohamed Nazri yang juga menteri yang bertanggunjawab terhadap undang-undang berkata, faktor yang menyebabkan kualiti pengangkutan awam di negara ini berada di tahap yang sangat rendah ialah kerana sikap lepas tangan masyarakat terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemandu teksi di negara ini.

"Sikap ‘tidak apa’ yang ada pada masyarakat perlu dikikis. Mereka tidak boleh mengharapkan pegawai penguat kuasa sahaja untuk mengambil tindakan.

"Sikap ini disebabkan oleh kurangnya pengetahuan pengguna tentang hak-hak mereka serta saluran untuk mereka mengemukakan aduan tersebut.

"Implikasinya, kualiti pengangkutan awam negara tidak seimbang dengan pembangunan fiziak yang pesat dicapai oleh negara,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri berkata,LPKP telah menyediakan risalah kempen yang menyenaraikan kesahalan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemandu-pemandu teksi di negara ini.

"LPKP mempunyai saluran aduan yang pelbagai seperti talian SMS ADUAN LPKP yang berfungsi 24 jam sehari, talian HOTLINE LPKP, alamat e-mel aduan LPKP dan menulis surat ke Unit Aduan LPKP," ujarnya.

Jelasnya, kempen kesedaran pengguna ini dimulakan bagi perkhidmatan teksi akan diperluaskan kepada perkhidmatan bas secara berperingkat-peringkat di seluruh negara tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan