Kerajaan Tetap Harga Siling Khinzir Sempena Tahun Baru Cina - Berita Semasa | mStar

Kerajaan Tetap Harga Siling Khinzir Sempena Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan akan menetapkan harga siling bagi daging khinzir pada Februari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementeriannya akan menetapkan harga daging itu sempena Tahun Baru Cina pada 14 Februari ini.

"Pertama kali dalam sejarah kementerian akan meletakkan harga siling daging khinzir khas untuk kaum Cina sempena Tahun Baru Cina," katanya selepas memberi taklimat dan amanat kepada warga KPDNKK sempena tahun 2010 di sini hari ini.

Ismail Sabri turut memberitahu, keputusan kerajaan mengawal harga daging itu sejajar dengan konsep 1Malaysia demi menjaga kepentingan semua kaum dan agama.

Menurut Ismail tarikh sebenar pelaksanaan harga siling berkenaan masih belum diputuskan kerana masih dalam peringkat perbincangan, namun beliau memberitahu harga kawalan daging itu akan dilanjutkan sehingga hari kelapan perayaan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan