Jejambat Pertama Guna IBS Dibuka Kepada Orang Ramai Di Tengah Ibu Kota

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jejambat pertama yang dibina menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi menghubungkan Jalan Dewan Bahasa dan Jalan Hang Tuah, dibuka kepada pengguna lalulintas hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata projek bernilai RM91.3 juta itu berjaya disiapkan 10 bulan lebih awal dari jadual asal hasil penggunaan kaedah IBS.

Beliau berkata satu sistem reka bentuk dan pembinaan khusus diperkenalkan untuk jejambat itu memandangkan ia dibina di kawasan pusat bandar yang begitu sibuk dan sesak.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merekabentuk jejambat ini yang hampir 75 peratus menggunakan kaedah IBS bertujuan bagi mengelak masalah pembinaan tidak siap mengikut jadual," katanya ketika berucap merasmikan jejambat itu hari ini.

Pembinaan dua jejambat dua lorong dari kedua-dua arah oleh Tetuan Azivest Sdn Bhd itu bermula sejak 2 November 2007, dan ia siap pada 28 Oktober lepas.

Antara projek lain yang menggunakan kaedah IBS ialah projek menaik taraf persimpangan lampu isyarat Jalan Dewan Bahasa/Jalan Hang Tuah/ Jalan Maharajalela/Jalan Loke Yew.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail pula berkata melalui kaedah IBS, selain tempoh pembinaan yang singkat, kos penggunaan tenaga kerja juga dapata dikurangkan disamping memberikan persekitaran yang bersih kemas dan berkualiti. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan