Gagasan 1Malaysia Tidak Jejas Hak Mana-Mana Kaum, Kata Rais

Diterbitkan: Isnin, 18 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gagasan 1Malaysia masih berlandaskan kepada Perlembagaan dengan tidak mengubah atau menghakis hak dan keistimewaan mana-mana kaum di negara ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia termasuk peruntukan seperti kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi dan keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera.

Malah, katanya, Perkara 153 dalam Perlembagaan bukan sahaja menyebut mengenai keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera tetapi juga memberi perhatian yang saksama kepada kaum lain di negara ini.

"Kita ingin menjelaskan iaitu tidak ada mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang diubah atau dipinda dengan adanya Gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Kebangsaan Pegawai Jawatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2010 di sini hari ini.

Rais menegaskan di bawah Perkara 153 hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputera akan terus dipelihara dan pada masa sama hak kaum lain akan terus dibela dan dihormati.

Dua timbalan menterinya Datuk Joseph Salang dan Senator Heng Seai Kie serta Ketua Setiausaha kementerian Datuk Wira Kamaruddin Siaraf turut hadir pada majlis perasmian tersebut.

Perhimpunan tiga hari itu dengan tema "JASA mendepani Cabaran" disertai oleh kira-kira 1,000 pegawai JASA.

Rais berkata pertikaian dan kekeliruan berkaitan Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu dengan bermotif politik dan tidak cintakan negara.

"Mereka tahu Gagasan 1Malaysia adalah pemikiran yang bernas...bukan untuk Melayu dan Bumiputera sahaja tetapi meliputi semua kaum tanpa mengira ras, budaya atau pegangan politik," katanya.

Rais berkata golongan tersebut jarang sekali mahu menyebut mengenai hak dan kepentingan kaum bukan Bumiputera yang turut terpelihara dalam Perlembagaan.

Dalam pada itu, Rais berkata kementerian telah memberi garis panduan kepada semua pegawai JASA di seluruh negara supaya Gagasan 1Malaysia dijadikan keutamaan dalam semua program induksi bersemuka dan juga program interaksi dengan jabatan lain.

Katanya pegawai JASA akan diberi latihan dari masa ke semasa agar mereka berkebolehan dalam penggunaan teknologi baru dalam bidang komunikasi bagi membantu menyampaikan maklumat dan perkhidmatan secara berkesan kepada rakyat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan