Operasi Mencari, Menyelamat Bot Terbalik Ditangguh

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Operasi mencari dan menyelamat empat lagi mangsa bot perahu naga yang terbalik akibat dipukul ombak awal pagi ini ditangguhkan sehingga pukul 8 pagi esok.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Mohd Razam Tajarahim berkata, operasi mencari dan menyelamat unit scuba dari jabatan itu terpaksa dihentikan kira-kira pukul 7 malam tadi akibat cuaca gelap.

"Esok usaha mencari dan menyelamat mangsa akan diteruskan dengan tambahan anggota dari unit scuba Kedah yang tiba di lokasi lewat petang tadi.

"Kita juga akan menambah tiga lagi bot bagi membantu usaha-usaha mencari dan menyelamat menjadikan semuanya lapan buah bot akan beroperasi esok," katanya.

Hari ini usaha mencari dan menyelamat menerusi laut dan udara dijalankan oleh 60 anggota pasukan keselamatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi tadi, sebuah bot perahu naga yang membawa 18 orang terbalik akibat dipukul ombak kira-kira 100 meter dari pantai Lebuh Macallum dekat sini.

Setakat ini dua orang, iaitu pelajar Jason Ch'ng, 17, dan seorang guru Chin Ai Fang telah ditemui lemas.

Empat lagi pelajar Brandon Yeoh, 17; Yong Xiang, 16; Koh Yiz Hiang, 17; dan Cheah Zi Jun, 17, masih belum ditemui.

Mangsa terdiri daripada pasukan pendayung dari Sekolah Tinggi Chung Ling Air Itam yang sedang menjalani latihan mingguan bagi persiapan menyertai Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini.

Pasukan pendayung perahu naga lelaki sekolah itu terdiri daripada 18 orang iaitu seorang guru (Chin), dua jurulatih dan 15 pelajar.

Mohd Razam berkata, jabatan itu akan berbincang dengan persatuan nelayan tempatan untuk membantu usaha mencari mangsa yang belum ditemui.

Dalam pada itu, difahamkan pasukan keselamatan akan meneruskan rondaan di sekitar kawasan terlibat selama 24 jam sebagai langkah pemantauan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan