Najib Terima Anugerah Raja Arab Saudi

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dianugerahi anugerah tertinggi kerajaan Arab Saudi, King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama) oleh Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di sini semalam.

Upacara penganugerahan itu berlangsung di Conference Palace, di mana sebelum itu Najib menghadap Raja Arab Saudi itu sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

"Saya amat berbesar hati dengan kesudian baginda menganugerahkan anugerah ini. Saya menganggap ini sebagai tanda hubungan erat yang terjalin antara Arab Saudi dan Malaysia," kata Najib kepada pemberita sebelum berlepas ke Abu Dhabi untuk memulakan lawatan rasmi ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata ini juga melambangkan potensi bagi kerjasama lebih luas yang boleh dijalin antara kedua-dua negara Islam bukan sahaja demi faedah bersama tetapi juga bagi umat Islam secara keseluruhan.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis penganugerahan itu.

Pemimpin lain yang pernah menerima anugerah itu termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Mengenai apa yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Raja Abdullah, Najib berkata beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan peluang kepada firma Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembangunan ekonomi Arab Saudi.

"Kita juga menghargai minat beberapa pihak di Arab Saudi untuk melabur di Malaysia, seperti PetroSaudi International Ltd yang telah menjalin usahasama dengan 1Malaysia Development Bhd," katanya.

Najib berkata entiti Malaysia yang memiliki dana besar boleh menimbangkan melabur di Arab Saudi dan mengambil bahagian, sebagai contoh, dalam pembangunan semula kota suci Mekah.

Selain pembinaan, pengurusan projek dan teknologi maklumat merupakan bidang lain yang syarikat-syarikat Malaysia boleh ceburi dengan jayanya, katanya.

Najib berkata Raja Abdullah juga kagum dengan tingkah laku baik jemaah haji Malaysia.

"Baginda berpendapat jemaah haji Malaysia merupakan yang terbaik daripada semua jemaah. Baginda bertitah sepanjang pengetahuan baginda, jemaah haji Malaysia tidak pernah menimbulkan masalah," katanya.

Mengenai inisiatif Raja Abdullah untuk menggalakkan dialog antara agama, Najib berkata Malaysia juga mahu meningkatkan persefahaman antara rakyat yang menganut agama dan kepercayaan berbeza.

Perdana Menteri berkata Raja Arab Saudi itu juga menyentuh mengenai perkembangan di Afghanistan dan keganasan.

"Wujud keperluan bagi kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dalam menangani ancaman keganasan dalam apa juga bentuk," katanya dan menurutnya perjanjian rasmi mengenai perkara itu mungkin akan dimeterai.

Najib juga mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Saud Al-Faisal.

Sementara itu, Rosmah mengambil peluang melawat Universiti Al Faisal di ibu negara Arab Saudi dan meluangkan masa di Yayasan Raja Faisal, difahamkan merupakan antara yayasan kebajikan terbesar di dunia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan