Mangsa Banjir Di Telupid & Kinabatangan Meningkat

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa penduduk memindahkan barang-barang ke pusat pemindahan banjir menggunakan bot setelah air naik mencecah 9.85 meter di Kampung Pangkalan di Kinabatangan, hari ini. - Foto BERNAMA
Beberapa penduduk memindahkan barang-barang ke pusat pemindahan banjir menggunakan bot setelah air naik mencecah 9.85 meter di Kampung Pangkalan di Kinabatangan, hari ini. - Foto BERNAMA

SANDAKAN: Jumlah penduduk di Telupid dan Kinabatangan yang dipindahkan akibat banjir meningkat kepada 951 orang hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 852 orang ialah dari Telupid manakala 99 lagi dari Kinabatangan.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Telupid Rozita Daha berkata Kampung Kiabau, Kampung Ansuan dan Kampung Baba di Telupid antara yang terjejas teruk akibat banjir serta terputus hubungan jalan raya dengan kawasan lain.

"Kampung terbabit dinaiki air selepas paras air sungai Maliau dan sungai Labuk naik secara mendadak sejak semalam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, jurucakap Pusat Kawalan Operasi Banjir Kinabatangan Arisin Arifin berkata paras air di sungai Kinabatangan kini melebihi paras bahaya iaitu 9.85 meter.

Beliau berkata kampung yang terjejas adalah Kampung Balat, Kampung Sangau, Kampung Bukit Garam, Kampung Pelangi dan Kampung Jaya Baru. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan