'Kami Semua Panik Apabila Bot Terbalik' - Mangsa

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: "Semua berlaku dalam sekelip mata...kami semua cemas dan panik dan ada antara kami yang terus tenggelam," kata seorang mangsa terselamat dalam kejadian bot perahu naga terbalik akibat dipukul ombak di sini hari ini.

Kuah Zi Xu, 17, ketika menceritkan detik kecemasan yang dialaminya, berkata selepas mendayung selama 45 minit, mereka cuba membuat pusingan 'U' untuk berpatah balik apabila secara tiba-tiba bot mereka dipukul ombak tinggi.

Pelajar tersebut adalah antara 12 mangsa yang terselamat dalam peristiwa sedih tragedi itu ketika menjalani latihan di kawasan perairan dekat Lebuh Macallum di sini pada pukul 8.45 pagi tadi.

"Kerana dipukul ombak, bot kami kemudiannya terlanggar sebuah tongkang di kawasan perairan itu sebelum terbalik dan kami semua terjatuh ke dalam air," katanya yang duduk mendayung pada bahagian belakang bot itu.

Katanya, selepas itu ramai di antara mereka terselamat apabila berenang ke arah sebuah bot yang secara kebetulan berada di kawasan berhampiran untuk menyelamatkan diri.

Kuah, yang masih trauma dengan tragedi itu, menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang sukar dipercayai.

"Saya macam tidak percaya, saya tak mahu cerita lagi, saya sangat sedih", katanya.

Jurucakap Pasukan Mencari dan Menyelamat, Timbalan Penguasa Bomba, Skein Citbanchong, berkata, setakat ini dua orang, iaitu pelajar Jason Ch'ng 17 dan seorang guru Chin Ai Fang telah ditemui mati lemas.

Empat lagi pelajar Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17 dan Cheah Zi Jun, 17 masih belum ditemui.

Mereka adalah antara 18 anggota pasukan pendayung perahu naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling Air Itam di sini yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pada pertengahan tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan