Jadikan Suasana Tidak Aman Di Negara Asing Sebagai Iktibar

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah mengingatkan rakyat supaya terus memelihara suasana aman dan menjadikan peristiwa pahit yang berlaku di negara asing sebagai iktibar dan pengajaran.

"Beta menyeru seluruh rakyat negeri ini agar sentiasa waspada dan menolak apa-apa percubaan pihak tertentu untuk mengganggu-gugat keamanan negeri ini.

"Dengan berpegang pada sikap ini, rakyat boleh menumpu usaha meningkatkan taraf hidup tanpa merasa bimbang keselamatan mereka terancam," titah baginda pada istiadat pengurniaan darjah dan bintang kebesaran sempena hari keputeraan ke-82 baginda di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidon, Raja Muda, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, para anggota Exco, pembesar dan ketua-ketua jabatan negeri turut hadir pada istiadat itu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang dikurniakan Darjah Kerabat (DK) Kedah, bagaimanapun tidak hadir pada istiadat hari ini.

Bekas Menteri Besar Tan Sri Osman Aroff yang dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat DiHormati (S.H.M.S) yang membawa gelaran 'Datuk Seri DiRaja,' mendahului senarai 72 penerima pada istiadat itu.

Antara penerima lain ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom yang dikurniakan Seri Setia Diraja Kedah (S.S.D.K) yang membawa gelaran 'Datuk Seri' dan Menteri Besar Datuk Seri Azizan yang menerima Jaksa Pendamai (J.P).

Sultan Abdul Halim bertitah ikatan perpaduan yang erat dan kukuh antara penduduk berbilang kaum masa ini menjadi benteng dan jaminan negeri akan terus aman dan makmur.

Semua pihak tetap diberi layanan sama rata, adil dan tiada golongan yang dipinggirkan, titah baginda.

Baginda turut mengingatkan anggota perkhidmatan awam supaya mengutamakan kepentingan rakyat, komited melakukan inovasi bagi meningkatkan mutu kerja, amanah dan berintegriti.

Sistem penarafan bintang sebagai penanda aras kepada tahap kualiti sesuatu jabatan merupakan langkah proaktif yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan sesuatu jabatan kerajaan untuk dinilai oleh rakyat, titah baginda. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan