Hakim Dan JC Yang Tidak Jalankan Tugas Dengan Baik Tidak Akan Naik Pangkat - Tun Abdul Hamid

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) yang tidak menjalankan tugas dengan memuaskan tidak akan dinaikkan pangkat dan disahkan sebagai hakim Mahkamah Tinggi.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, yang juga anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) berkata suruhanjaya itu sebulat suara dalam pendirian mereka tentang hal tersebut.

"Namun, adalah dikesali, terdapat sebilangan hakim yang tidak menjalankan tugas dengan baik," jelas Abdul Hamid dalam ucapannya di majlis perasmian Tahun Perundangan 2010.

Abdul Hamid diundang ke majlis itu yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, pihak pendakwa dan peguam lebih banyak menyebabkan penangguhan kes-kes mahkamah dan beliau merayu kepada mereka agar memainkan peranan dengan jujur.

Beliau mahukan mereka bekerjasama mengurang atau mengatasi masalah penangguhan ini kerana ia merupakan penyebab utama berlaku timbunan kes.

Beliau berkata bagi mengurangkan kelulusan penangguhan, Jabatan Peguam Negara (AGC) mungkin perlu berbincang dengan polis dan jabatan-jabatan lain kerajaan berhubung penyampaian saman kepada saksi, pelaksanaan waran dan penyediaan laporan kimia.

Sementara Majlis Peguam, kata Abdul Hamid, harus mengkaji sama ada penangguhan adalah akibat kekurangan peguam; peguam mengambil terlalu banyak kes; atau sesetengah peguam membantu pelanggan mereka sengaja melewat-lewatkan prosiding dengan membuat segala bentuk permohonan dan rayuan terhadap setiap perintah mahkamah.

"Saya harap AGC dan Majlis Peguam akan bekerjasama dan membantu mahkamah dalam perkara ini," kata beliau. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan