Bot Terbalik: Alumni SMK Chung Ling Akan Sedia Pakar Psikologi

Diterbitkan: Ahad, 17 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling akan menyediakan pakar psikologi untuk keluarga dan pelajar yang terbabit dalam tragedi bot terbalik di perairan berhampiran Pantai Lebuh Macallum di sini hari ini.

"Saya berharap keluarga mangsa tabah dan bersabar dengan kejadian yang berlaku," kata presidennya Teoh Peick Seong.

Kejadian pada pukul 10.20 pagi ini menyebabkan seorang guru, Chin Ai Fang dan pelajar, Jason Ch'ng lemas manakala empat pelajar masih hilang.

Mereka yang masih hilang ialah Brandon Yeoh, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yiz Hiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.

Mereka adalah antara 18 anggota pasukan pendayung perahu naga Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Ling, Air Itam di sini yang sedang menjalani latihan bagi menghadapi Kejohanan Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang pertengahan tahun ini.

Pengetua sekolah berkenaan Chua Yau Chou berkata pihak sekolah akan menyiasat bagaimana kejadian seumpama itu boleh berlaku.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Sementara itu, Eric Tan Leong Yit, 17, berkata rakannya iaitu mangsa pertama yang berjaya menyelamatkan diri, terus menghubungi polis sejurus tiba di tepi pantai.

"Kawan saya berjaya menyelamatkan diri dan terus menelefon polis tetapi 45 minit baru polis sampai, polis seolah-olah tidak percaya dengan panggilan kecemasan itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan