YWP Bantu 161 Pelajar Miskin

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 161 pelajar kaum India dari 25 sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Lumpur menerima sumbangan pakaian sekolah, kasut, beg dan wang tunai daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) hari ini.

Timbalan Pengerusi YWP yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M.Saravanan berkata, pada tahun ini, semua pelajar India dari pelbagai sekolah di Kuala Lumpur menerima sumbangan itu berbanding sebelum ini yang hanya membabitkan pelajar India di sekolah Tamil sahaja.

"Program bantuan persekolahan ini adalah program tahunan YWP untuk mengurangkan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah khususnya yang mempunyai adik-beradik yang ramai.

"Pemilihan sumbangan itu berdasarkan kepada maklumat diperoleh dari pihak sekolah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan persekolahan YWP kepada 161 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Kuala Lumpur di Auditorium DBKL di sini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop dan Pengarah Eksekutif YWP, Mohd Idris Mohd Isa.

Saravanan yang juga Naib Presiden MIC memberi jaminan semua golongan miskin kaum India akan mendapat bantuan persekolahan YWP dan memastikan usaha Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk membasmi kemiskinan bandar di Wilayah Persekutuan tahun ini akan tercapai.

Menurut beliau, pada tahun ini, YWP menyampaikan bantuan persekolahan kepada 2,000 pelajar di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang membabitkan kos kira-kira RM550,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan