Perusahaan Tempatan Penting Untuk Ekonomi Negara - Berita Semasa | mStar

Perusahaan Tempatan Penting Untuk Ekonomi Negara

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Malaysia tidak seharusnya terlalu bergantung kepada syarikat asing dalam membangunkan masa depan ekonominya kerana yang lebih penting ialah membangunkan perusahaan dalam negara yang bersedia menjayakan industri untuk masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, ia adalah antara modal ekonomi baharu negara, dengan syarikat-syarikat Malaysia akan dibangunkan supaya menjadi serantau dan dunia.

"Kita akan terus menarik pelaburan asing ke dalam negara, dan pada masa yang sama kita akan mencontohi kejayaan model-model seperti di Korea Selatan," katanya.

Najib berkata, syarikat Korea Selatan seperti Samsung dan Hyundai berjaya menyaingi syarikat saingan dalam beberapa bidang.

Beliau berkata demikian pada satu majlis di sini pada malam Jumaat yang dihadiri oleh komuniti perniagaan Malaysia, sempena lawatan rasminya ke Arab Saudi.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, usahawan masa depan perlu beranjak daripada industri tradisional yang mungkin sudah terbukit tidak mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

"Mereka sebaliknya perlu menceburi perniagaan yang boleh berkembang, bukan sahaja dalam negara malah di peringkat serantau dan dunia," katanya.

Najib menegaskan bahawa syarikat Malaysia memiliki apa yang diperlukan untuk berjaya di seluruh pelusuk dunia. Menurutnya, beliau mendapati terdapat satu firma seperti itu semasa lawatan ke Trinidad dan Tobago tahun lepas.

Perdana Menteri juga juga menyebut mengenai syarikat Malaysia yang berjaya mendapat perniagaan dari luar negara, dengan menerima tempahan berbilion ringgit.

"Ini membuktikan bahawa syarikat Malaysia mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan syarikat lain, keluar dan buat apa sahaja untuk berjaya," katanya.

Najib berkata, model ekonomi baharu diteruskan dengan usaha untuk mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu di luar negara tanpa mengetepikan keperluan untuk membangunkan ekonomi domestik. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan