Perlu Tangani Isu Dunia Islam: Najib

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JEDDAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia dan Arab Saudi perlu meningkatkan usaha dalam menangani pelbagai masalah getir yang dihadapi dunia Islam.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata, hubungan antara kedua-dua negara sepatutnya melampaui bidang ekonomi.

"Arab Saudi adalah negara yang amat penting bagi kita daripada segi menjalin kerjasama dalam memperjuangkan perjuangan umat Islam," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada perhimpunan anjuran Majlis Perniagaan Malaysia di sini pada Jumaat malam sempena lawatan rasmi empat hari beliau ke Arab Saudi.

Najib dijadual menghadap Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud di Riyadh pada Sabtu.

"Saya berhasrat berbincang dengan baginda bukan sahaja mengenai cara terbaik untuk meningkatkan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara tetapi juga mengenai perlunya kedua-dua negara bekerjasama lebih rapat dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang dihadapi umat Islam," katanya.

Isu berkenaan katanya, termasuk yang melibatkan umat Islam di negara yang dilanda konflik.

Perdana Menteri turut menyentuh mengenai perlunya menangani isu berhubung imej agama dan umat Islam yang sering diputarbelitkan.

"Banyak perseptif negatif dilemparkan terhadap umat Islam di banyak negara di dunia," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan