Pemandu Pelancong Geopark Langkawi Perlu Kemahiran Tersendiri

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Pemandu pelancong di Geopark Langkawi perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran tentang selok belok daerah kelahiran Mahsuri itu dalam usaha menarik lebih ramai pelancong sama ada tempatan atau luar negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Dr Ng Yen Yen berkata, ia juga penting untuk terus mengekalkan kegemilangan pulau legenda itu sebagai destinasi popular di negara ini.

"Pelancong asing biasanya mempunyai waktu yang singkat jadi setiap pemandu pelancong mesti mahir dengan lokasi-lokasi menarik di Langkawi untuk beri penjelasan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog dengan penggiat industri pelancongan di sini hari ini.

Oleh itu, satu latihan untuk pemandu-pemandu pelancong Geopark Langkawi juga perlu diadakan khususnya untuk meningkatkan kemahiran berbahasa mereka, kata Dr Ng.

"Selain itu pihak kementerian juga bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah bagi memperkenalkan kerjaya ini kepada para pelajar. Ia bertujuan meramaikan bilangan pemandu pelancong kelahiran Langkawi," katanya.

Selain itu katanya, Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan mewujudkan 'artist colony' di Oriental Village di sini bagi memudahkan pelancong mengabadikan kenangan sewaktu berkunjung ke situ.

Kawasan yang berhampiran dengan kereta kabel Langkawi itu dilihat sangat sesuai diwujudkan cadangan itu kerana selain menjadi tumpuan pelancong ia juga mempunyai pemandangan yang menarik.

"Semua ini sedang dalam kajian dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini kerana di Langkawi terdapat kira-kira 50 orang pelukis, jadi eloklah jika ditempatkan mereka di satu tempat yang jadi tumpuan pelancong," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan