MPM Kendalikan Peperiksaan Syariah RPF

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) telah melantik Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) sebagai fasilitator peperiksaan bagi program Perancang Kewangan Berdaftar Syariah, berkuatkuasa serta merta.

Presiden MFPC, Kee Wah Soong berkata, kerja sama dengan MPM akan mencipta kesan sinergi untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pengamal perancangan kewangan Syariah di Malaysia dan segmen perkhidmatan kewangan pada umumnya.

"Kami juga percaya kerja sama ini akan menyumbang kepada pertumbuhan perbankan dan perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menandatangani memorandum persefahaman antara MFPC dan MPM di sini hari ini.

"Bersama-sama MPM, kami berhasrat untuk mengembangkan program ini di universiti dan mungkin ia akan menjadi mata pelajaran pilihan," katanya.

Kee berkata, MFPC juga bercadang untuk mempromosikan program ini ke negara-negara serantau seperti China, Indonesia dan Vietnam.

Program Syariah RFP mengandungi tujuh modul perancangan kewangan syariah, termasuk pengurusan risiko dan takaful, perancangan zakat dan takaful, dan perancangan harta syariah.

Kesemua modul melibatkan sekurang-kurangnya 42 jam kuliah.

Menerusi MPM, MFPC akan menawarkan empat pengambilan setahun pada permulaannya iaitu Mac, Mei, Ogos dan November. Pusat peperiksaan adalah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Program itu telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia sebagai kelayakan profesional untuk permohonan Lesen Penasihat Kewangan dan Lesen Wakil Penasihat Kewangan.

Ia dibuka kepada semua, terutamanya perancang kewangan, agen insuran, agen takaful, agen saham amanah, pegawai bank dan peguam.

Majlis Kebangsaan MFPC, bersama-sama dengan Majlis Penasihat Syariah, juga telah menubuhkan Tabung Biasiswa Syariah RFP bernilai RM300,000 untuk menggalakkan perkembangan profesional berterusan di kalangan pengamal perancangan kewangan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan