KPD Perlu Hasilkan Produk Jenama Dunia Tembusi Pasaran Antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin mahu Koperasi Pembangunan Desa (KPD), satu daripada syarikat milik kerajaan negeri, meletakkan sasaran bagi menghasilkan produk "jenama dunia" yang mampu menembusi pasaran antarabangsa.

Sehubungan itu, beliau menyarankan KPD memberi tumpuan terhadap aktiviti tambah nilai kepada produk yang dihasilkan bagi memaksimumkan pulangan pendapatan.

"Saya dapati kebanyakan produk yang dihasilkan oleh KPD masih di peringkat tempatan dan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tahunan KPD, di sini malam tadi.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri, turut meminta KPD supaya memberi tumpuan terhadap projek pertanian berimpak tinggi dan berorientasikan eksport sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan prestasi organisasi itu.

Beliau berkata, ia termasuk projek penternakan kambing berskala besar dan perusahaan cendawan yang berpotensi menjadi komoditi eksport negeri ini.

"Projek seumpama itu boleh diperbesar kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi, sekaligus meningkatkan pendapatan para petani yang terlibat sebagai peserta kontrak," katanya.

Yahya berkata, sebagai agensi pelaksana, KPD memainkan peranan penting dalam menyokong usaha kerajaan negeri untuk mencapai matlamat pembangunan pertanian.

Katanya, pencapaian KPD setakat ini amat menggalakkan meskipun masih menghadapi beberapa masalah yang diwarisi daripada pengurusan yang lepas.

"Dalam masa yang singkat, KPD telah memperlihat prestasi yang baik dan saya percaya ini tidak akan tercapai tanpa pasukan pegawai dan kakitangan yang komited untuk membantu meningkatkan prestasi organisasi tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan