Kor Kadet Sukarelawan Dikecualikan Sertai PLKN

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar yang menyertai kor kadet Pertahanan Awam atau Rela di sekolah-sekolah mungkin akan dikecualikan daripada menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di bawah satu cadangan Kementerian Dalam Negeri.

Pihak Kementerian sedang berusaha mengambil masuk lebih kurang 60,000 pelajar bagi kedua-dua kor beruniform itu yang menyediakan latihan cara tentera sebagai sebahagian daripada aktiviti ko-korikulum untuk sekolah menengah.

"Latihan yang disediakan oleh Rela dan Pasukan Pertahanan Awam lebih lasak berbanding PLKN. Kedua-dua kor ini juga adalah pasukan beruniform.

"Anggota kadet kami melalui latihan selama dua tahun pada setiap hujung minggu semasa penggal sekolah, lebih lama daripada tiga bulan yang dilalui oleh pelatih-pelatih PLKN," kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam dalam satu temu bual semalam.

Beliau menegaskan adalah menjadi sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk memastikan kedua-dua kor kadet ini dilatih dengan sempurna.

"Kami sedang merangka cadangan untuk mendapatkan pengecualian bagi kadet-kadet kami dan akan menyerahkannya kepada Kerajaan secepat mungkin.

"Kami sudah boleh meminta kerajaan memberi pengecualian kepada kadet ini tetapi butir-butir lanjut perlu dikaji dahulu," kata Mahmood.

Beliau berkata, kementerian akan mendapatkan pengecualian hanya untuk kadet yang berkhidmat selama dua tahun sepenuhnya (dalam Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima).

Buat masa ini, terdapat 24,263 Kadet Pertahanan Awam yang menjalani latihan di bawah Jabatan Pertahanan Awam di beberapa pusat latihannya di seluruh negara.

Kor kadet itu ditubuhkan lebih 10 tahun lalu tetapi telah menjalani penyusunan semula sejak lima tahun lalu apabila diberikan latihan sepenuhnya seperti anggota biasa.

Pasukan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 1939 sebagai persiapan menghadapi Perang Dunia Kedua. Jabatan sedia ada sekarang, berfungsi mengendalikan bencana merupakan pasukan pertama di bawah rancangan kecemasan negara yang dikerah dalam menghadapi bencana seperti banjir atau tanah runtuh.

Mahmood berkata, cara paling mudah untuk mendapatkan anggota baru bagi unit dewasa adalah dengan menggalakkan para pelajar menganggotai kedua-dua kor tersebut.

"Sebaik sahaja para pelajar itu meninggalkan sekolah, mereka akan diserap secara automatik sebagai anggota dewasa Rela dan pasukan Pertahanan Awam. Kami sedang berusaha menambahkan bilangan keanggotaan secara sukarela kedua-dua pertubuhan ini kepada 200,000 setiap satu.

"Kerajaan mahu menggalakkan semangat sukarelawan di negara ini, dan Rela serta Pasukan Pertahanan Awam adalah cara terbaik untuk melakukannya," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan