Kes Kemalangan Elektrik Menurun Sejak 2006

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes kemalangan elektrik dan kes kemalangan elektrik yang melibatkan kematian menunjukkan trend penurunan sejak 2006 hingga 2008.

Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Rozimi Remeli berkata, berdasarkan Statistik Laporan Tahunan 2008 Suruhanjaya Tenaga, kes kemalangan elektrik menurun daripada 79 kes pada 2006 kepada 75 kes (2007) dan 69 kes (2008).

Beliau berkata, bagi kes yang melibatkan maut pula berkurangan kepada 33 kes pada 2008 berbanding 37 kes pada 2006.

"Antara sebab kemalangan atau gangguan elektrik adalah sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan penyambungan pendawaian secara haram, menggunakan peralatan elektrik yang tidak memenuhi piawaian, kerja-kerja mengorek jalan sehingga terkena kabel elektrik dan kegiatan mencuri di pepasangan TNB," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Rozimi berkata, perbuatan itu boleh mengakibatkan maut dan gangguan bekalan elektrik.

"Ada juga yang membahayakan diri dengan membina struktur di bawah talian voltan tinggi, bermain layang-layang atau alat kawalan jauh berdekatan dengan talian elektrik. Bak kata pepatah, 'malang tidak berbau' dan jika perkara ini dipandang ringan maka ia mengundang bahaya yang besar kepada semua," katanya.

Beliau berkata, TNB komited untuk terus memberi kefahaman tentang pengendalian peralatan elektrik dengan betul dan selamat agar kadar kemalangan elektrik dapat dikurangkan lagi.

Katanya, risiko bahaya yang diterangkan melalui pelbagai program termasuk Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik (SKKE) yang sering diadakan secara tidak langsung dapat mengelakkan kemalangan elektrik serta mengurangkan kadar kematian atau gangguan kepada pepasangan elektrik. "Hanya dengan kefahaman yang cukup, masyarakat akan lebih sedar dan tidak memandang ringan bahaya elektrik," katanya.

SKKE yang bermula pada 2004 di sekolah-sekolah tertentu sebagai taklimat mengenai keselamatan elektrik diadakan secara besar-besaran di sekolah-sekolah di 10 buah negeri di Semenanjung. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan