Guna Kemudahan Facebook Dengan Tanggungjawab: Rais

Diterbitkan: Sabtu, 16 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, rakyat Malaysia perlu membentengkan diri dengan sikap tanggungjawab dan pegangan agama sebelum menerima bulat-bulat pemakaian budaya internet seperti Facebook dan Twitter.

Beliau berkata, ini kerana seseorang itu perlu bertanggungjawab terhadap apa juga komen atau ulasan yang dimuatkan dalam laman sosial Facebook atau Twitter termasuk dikenakan tindakan undang-undang.

"Apabila memakai dan menggunakan alat-alat ini (Facebook dan Twitter), sifat keMalaysiaan, sifat keIslaman, sifat buddhisme, sifat kristian yang ada pada seseorang itu perlu dijadikan benteng," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kesedaran 1Malaysia di sini hari ini.

Katanya, selain itu mereka juga perlu berhati-hati dan menimbangkan kebenaran dan ketepatan maklumat yang dipaparkan dalam internet yang tidak semuanya benar.

"Kita (masyarakat) menerima ini semua (internet) dalam satu keadaan kejutan budaya," katanya sambil mengkritik sesetengah rakyat Malaysia yang suka mencemuh golongan yang tidak mahu mengikuti budaya baru itu.

"Kita jangan lekas sangat 'condemn' atau memandang rendah pada mereka yang tidak menggunakan Facebook. Suratkhabar akan tetap relevan, Facebook pun begitu tetapi jangan terima semua isian ini seolah-olah yang lama ini tidak pakai lagi," katanya.

Beliau memuji tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atas kejayaan mengesan salah laku seorang pelajar dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang mendakwa bertanggungjawab membakar sebuah gereja berhubung isu kalimah Allah, di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

"Tahniah kepada SKMM yang meneliti salah laku rakyat kita dalam pemakaian Facebook, Twitter dan SMS. Jadi, saya suka menerangkan sebagai seorang bekas peneliti perundangan negara, pemakaian (menggunakan internet) bukan bermakna kita (boleh) melepaskan diri dari tanggungjawab."

Mengenai gagasan 1Malaysia, beliau berkata, lebih banyak program akan disusun untuk menerapkan kefahaman 1Malaysia di kalangan rakyat terutama kepada masyarakat kampung dan pelajar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan