Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara - Berita Semasa | mStar

Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-50 Bank Negara

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peminat dan pengumpul setem kini boleh mendapatkan setem khas premium keluaran Pos Malaysia sempena ulang tahun ke-50 Bank Negara, mulai 18 Januari ini.

Ketua Setem dan Filateli Pos Malaysia Yasmin Ramli berkata selain dicetak dengan visual syiling ulang tahun ke- 50 Bank Negara, keunikan setem itu terletak pada bahan yang digunakan untuk cetakan iaitu mengandungi 99.9 peratus bahan berasakan perak.

"Setem eksklusif ini dicetak dengan denominasi RM50 dan kami hanya mengeluarkan sebanyak 5,000 keping sahaja," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Melalui pengeluaran setem itu, Pos Malaysia secara tidak langsung dapat mendedahkan kepada masyarakat jenis-jenis syiling yang dikeluarkan dan peranan yang dimainkan oleh Bank Negara sepanjang 50 tahun penubuhannya, katanya.

"Kerjasama dua pihak ini adalah sebagai mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Bank Negara terutama dalam pembangunan ekonomi negara dan memperkenalkan kepada orang ramai setem pertama yang dicetak dengan menggunakan teknik cetakan kepingan logam perak," katanya.

Pos Malaysia juga turut mengeluarkan setem bervisualkan syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen, sampul surat hari pertama dan lembaran mini sempena ulang tahun tersebut.

"Setem-setem ini juga dicetak dengan menggunakan teknik yang sama dan ia direka bentuk menyerupai kepingan duit syiling. Ia turut mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi memastikan ia tidak dicetak semula dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Orang ramai boleh dapatkan setem, lembaran mini dan sampul surat hari pertama juga pada 18 Januari. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan