Sabah Perlu Skim Perumahan Tambahan Capai Sasaran NKRA

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Kerajaan Sabah memerlukan skim perumahan lain sebagai tambahan kepada Program Bantuan Rumah (PBR) Kerajaan Pusat bagi mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membasmi kemiskinan.

Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, keperluan perumahan bagi penduduk miskin luar bandar di Sabah, termasuk mereka yang tinggal di rumah panjang, sangat besar dan langkah tambahan perlu diambil bagi mempercepatkan sasaran NKRA dicapai.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata, Sarawak contohnya mempunyai skim tambahan lain bagi membantu golongan miskin dengan setiap penghuni rumah panjang boleh memohon pinjaman RM10,000 untuk membaiki kediaman mereka.

Beliau berkata, di Kota Marudu, terdapat 1,495 penduduk miskin tegar yang layak mendapatkan bantuan Program E-Kasih tetapi pada setiap tahun, peruntukan sedia ada hanya dapat membaiki kira-kira 60 buah rumah di setiap kawasan parlimen.

Sedemikian, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk memenuhi keperluan perumahan bagi golongan miskin di negeri ini dan keadaan itu juga menyukarkan usaha membasmi kemiskinan tegar di Malaysia dalam masa singkat, katanya kepada pemberita selepas melawat rumah panjang Marimbau Darat dan Rita di Matunggong, dekat sini.

Ongkili mencadangkan tiga bentuk bantuan yang boleh disediakan kerajaan negeri iaitu bantuan membaiki rumah bagi kediaman yang masih boleh didiami, model PBR bagi rumah percuma golongan miskin yang disediakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan pinjaman tanpa faedah bagi jenis rumah sedemikian.

"Contohnya, kerajaan negeri boleh menyediakan geran pembaikan antara RM10,000 dan RM15,000 bagi setiap rumah, berbanding kos RM40,000 hingga RM50,000 setiap unit yang perlu disediakan bagi membina rumah baru PBR," katanya.

Menjelaskan tentang masalah serius di kawasan luar bandar, Ongkili berkata, di Matunggong, satu kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Kota Marudu, kira-kira 70 peratus daripada 30 rumah panjang sangat usang dan memerlukan pembaikan besar, dan ada juga yang tidak selamat diduduki.

"Rumah-rumah panjang itu dibina semasa zaman kerajaan Berjaya. Kerja-kerja pembaikan sebuah rumah panjang dengan bantuan kerajaan pusat telah siap manakala tender bagi tiga rumah panjang lain akan dikeluarkan sedikit masa lagi dan tiga lagi sedang menunggu kelulusan.

"Kami telah menyediakan bantuan kepada rumah-rumah panjang di kawasan ini termasuk Marimbau Darat bagi pembaikan daripada segi bantuan zink dan papan lapis tetapi ia tidak mencukupi terutamanya rumah panjang yang sudah berusia dan memerlukan pembaikan besar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan