Remaja Pesakit Buah Pinggang Rayu Bantuan - Berita Semasa | mStar

Remaja Pesakit Buah Pinggang Rayu Bantuan

Diterbitkan: Jumaat, 15 Januari 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Seorang remaja sindrom down yang menderita sakit buah pinggang, Muhammad Amir Fikri Ali, di sini merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos rawatan penyakitnya.

Muhammad Amir Fikri, 14, menghidapi 'Basico Stroming' iaitu penyakit saluran pundi kencing tersumbat sejak dilahirkan dan menyebabkan kedua-dua buah pinggangnya mengalami kerosakan.

Bapanya Ali Hashim, 43, berkata beliau tidak mampu untuk menanggung kos rawatan kerana pendapatannya sebanyak RM1,000 sebagai operator pengeluaran sebuah kilang kini dipotong sebanyak 10 peratus ekoran kelemesetan ekonomi.

Sebagai pencari nafkah tunggal, Ali juga turut menanggung ibunya yang berusia 68 tahun dan isteri serta tiga orang anaknya yang berusia 12 tahun, 10 tahun dan tiga tahun.

Pemuda UMNO Negeri dan Sekretariat Pengaduan dan Kebajikan Rakyat (Sepakat) yang mengujungi rumah keluarga itu di Bayan Baru di sini menghulurkan bantuan wang tunai.

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Ali bin Hashim di talian 012-4667467 atau melalui akaun Maybank 157241017238. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan